PERANCANGAN KERJA
DAN PROSES KERJA
Rancangan
pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran danpembelajaran untuk
dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu
yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran
adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di
samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru
perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta
latar belakang murid.
Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran,
guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang
perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategipengajaran yang
sesuai bagi mencapai objektif.Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu
mengandungi dua jenismaklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan
diajar; dan kedua,catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid
dalam sesuatu prosespengajaran-pembelajaran.
Kepentingan Rancangan
Harian ialah ia membolehkan guru merancang danbersedia untuk mengajar
pelajarnya dengan terancang dan teratur. Semua guruperlu merancang pengajaran
masing-masing untuk memastikan keberkesananpelajaran, meningkatkan pencapaian
pelajar , di samping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Persediaan
mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap
perlu dirancangdan disediakan. Guru perlu merancang dengan teliti setiap
komponen pengajaraniaitu objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan,
peralatan atau bahan bantumengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan
kaedah penyampaian yangberkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup,
tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
Persediaan mengajar yang disediakan dengan
jelas, teliti dan lengkapadalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan
mengajar yang lengkap dansistematis membolehkan guru untuk menentukan objektif
pelajaran supaya dapatmengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada
perkara / aspekyang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan
Pelajaran).Sebagai contoh guru akan mengajar topik sifat Allah iaitu iradat.
Jadi perlunya gurumerancang agar tidak terkeluar dari topik hingga terkait
dengan sifat Allah yang lain.
Selain itu,
kepentingan RPH ini juga ialah guru dapat memahami danmenentukan isi pelajaran
yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkandan menjimatkan masa kerana
segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankanapabila segalanya telah dirancang
terlebih dahulu.
Guru hendaklah
sedaya upaya untuk menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi
yang lebihtersusun dan bersistem. Ini supaya guru tidak mengambil masa yang
terlalu lamamelebihi had masa yang telah diperuntukkan ketika proses pengajaran
danpembelajaran. Guru hendaklah menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu
jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat
dicapaidengan berkesan.
REFLEKSI
PENGURUSAN SUMBER
NOR HALIMAH BINTI SUKARMAN
Dalam usaha untuk
merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah masyarakat
berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang berteraskan penggunaan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu
alat bagi memperolehi banyak maklumat untuk diketengahkan kepada
pelajar-pelajar.
Pertama sekali menerima tugasan
ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah
mampukah saya menyiapkan tugasan kerja
kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja
kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini
sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan
tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi
alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
diberikan.
Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan
melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana,
saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan
asing bagi kami.Hal ini kerana ilmu pengetahuan
saya dalam penggunaan teknologi maklumat adalah amat cetek berbanding
rakan sekelas saya yang lain.
Saya sedar kelemahan
saya ini dan jika tidak diatasi secara tidak langsung akan menjadikan saya
seorang guru yang tidak kreatif dan inovatif dan pelajar saya juga akan bosan
dengan cara pengajaran yang tidak menarik minat pelajar.
Untuk mengatasi
kelemahan saya ini, saya perlu mendalami ilmu pengetahuan teknologi maklumat
yang terkini kerana pelajar zaman sekarang merupakan generasi yang hidupnya
dikelilingi dengan teknologi serba canggih.
Oleh itu, semasa
melaksanakan tugasan ini dengan usaha atas pengetahuan mengenai teknologi
maklumat saya kian bertambah atas dorongan mahu memajukan diri dalam usaha
untuk merealisasikan objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah masyarakat
berteknologi dan bermaklumat.
Saya juga mendapat
pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini. Satu daripadanya adalah kemahiran
menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk
mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat
tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa penganalisaan
maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada penulisan
rancangan pengajaran harian.
Pelbagai perkara saya
lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif mahupun
negatif. Walaupun begitu, saya
menganggap semua yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya
lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi
masalah yang sama pada masa hadapan.
Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar
tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta
pendapat orang lain dalam menghadapinya.
Semua pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini diharapkan dapat
membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam perguruan secara hakiki
kelak.
Bagi mengatasi kekangan dan
kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang
dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan
kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah
tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat
memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya
mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi.
Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan
baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan
dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan
tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan
panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang.
Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari
bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi
terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan
tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk
kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan
kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh
menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.