Thursday, December 18, 2014


PERANCANGAN KERJA DAN PROSES KERJA

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran danpembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
 Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategipengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenismaklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua,catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu prosespengajaran-pembelajaran.
Kepentingan Rancangan Harian ialah ia membolehkan guru merancang danbersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur. Semua guruperlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesananpelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancangdan disediakan. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaraniaitu objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan atau bahan bantumengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yangberkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
 Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkapadalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dansistematis membolehkan guru untuk menentukan objektif pelajaran supaya dapatmengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspekyang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).Sebagai contoh guru akan mengajar topik sifat Allah iaitu iradat. Jadi perlunya gurumerancang agar tidak terkeluar dari topik hingga terkait dengan sifat Allah yang lain.
Selain itu, kepentingan RPH ini juga ialah guru dapat memahami danmenentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkandan menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankanapabila segalanya telah dirancang terlebih dahulu.

Guru hendaklah sedaya upaya untuk menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebihtersusun dan bersistem. Ini supaya guru tidak mengambil masa yang terlalu lamamelebihi had masa yang telah diperuntukkan ketika proses pengajaran danpembelajaran. Guru hendaklah menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapaidengan berkesan.



REFLEKSI
PENGURUSAN SUMBER
NOR HALIMAH BINTI SUKARMAN


Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah masyarakat berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang berteraskan penggunaan teknologi  maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu alat bagi memperolehi banyak maklumat untuk diketengahkan kepada pelajar-pelajar.

            Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah  saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.

 Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami.Hal ini kerana ilmu pengetahuan  saya dalam penggunaan teknologi maklumat adalah amat cetek berbanding rakan sekelas saya yang lain.

Saya sedar kelemahan saya ini dan jika tidak diatasi secara tidak langsung akan menjadikan saya seorang guru yang tidak kreatif dan inovatif dan pelajar saya juga akan bosan dengan cara pengajaran yang tidak menarik minat pelajar.

Untuk mengatasi kelemahan saya ini, saya perlu mendalami ilmu pengetahuan teknologi maklumat yang terkini kerana pelajar zaman sekarang merupakan generasi yang hidupnya dikelilingi dengan teknologi serba canggih.

Oleh itu, semasa melaksanakan tugasan ini  dengan  usaha atas pengetahuan mengenai teknologi maklumat saya kian bertambah atas dorongan mahu memajukan diri dalam usaha untuk merealisasikan objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah masyarakat berteknologi dan bermaklumat.

Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini.  Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan dengan tugasan.  Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan.  Ini adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada penulisan rancangan pengajaran harian.

Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif mahupun negatif.  Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran untuk saya.  Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan.  Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta pendapat orang lain dalam menghadapinya.  Semua pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam perguruan secara hakiki kelak.

            Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

            Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

No comments:

Post a Comment